MotoGP: Kerajaan perinci kontrak baharu

Gambar hiasan./foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 April – Nasib penganjuran perlumbaan MotoGP di Malaysia bakal ditentukan dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan muktamad Jemaah Menteri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memorandum pelanjutan kontrak MotoGP kini di peringkat akhir dan akan dibentangkan kepada Kabinet untuk pertimbangan.
  • Malaysia hampir memeterai perjanjian lima tahun; terma asas dipersetujui tetapi sokongan kewangan besar memerlukan kelulusan kerajaan.
  • Litar Antarabangsa Sepang kekal ikonik, menyumbang kepada ekonomi dan pelancongan; pembaharuan kontrak jamin kedudukan hub sukan permotoran.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari memaklumkan bahawa memorandum berkaitan pelanjutan kontrak Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Memorandum tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri tidak lama lagi. Sebelum ini, kita telah membentangkan kertas kerja mengenai Le Tour de France (LTdL), dan selepas ini giliran MotoGP pula untuk diperincikan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bangunan Pusat Prestasi Tinggi di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil.

Kenyataan itu mengukuhkan laporan sebelum ini bahawa Malaysia hampir memeterai perjanjian baharu selama lima tahun, sebagaimana yang pernah di bayangkan oleh Ketua Pegawai Sukan MotoGP, Carlos Ezpeleta.

Meskipun terma perjanjian secara dasarnya telah dipersetujui, sokongan kewangan yang besar memerlukan lampu hijau daripada kerajaan sebelum komitmen rasmi dimeterai.

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terus menjadi antara destinasi ikonik dalam kalendar dunia sukan permotoran, bukan sahaja menerusi rekod kehadiran penonton yang luar biasa, malah sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi serta sektor pelancongan negara.

Sekiranya diluluskan, pembaharuan kontrak tersebut bakal menjamin kedudukan Malaysia sebagai hab utama sukan permotoran di rantau ini bagi tempoh jangka panjang.