City rampas takhta liga, Burnley tersingkir ke Liga Kejuaraan

Penyerang Manchester City, Erling Haaland meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Burnley di Turf Moor, awal pagi tadi./foto REUTERS

LONDON, 23 April – Manchester City berjaya merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Arsenal selepas meraih kemenangan tipis 1-0 menewaskan Burnley di Turf Moor, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Burnley disahkan tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.
  • Erling Haaland meledak gol tunggal perlawanan, muncul wira City.
  • Guardiola kecewa pemain gagal tambah jaringan, kesal lepaskan peluang mengunci perlawanan.
  • Kemenangan City tingkatkan tekanan ke atas Arsenal menjelang fasa penamat liga yang mendebarkan.

Bagaimanapun, keputusan itu membawa duka buat tuan rumah apabila kekalahan tersebut secara rasmi mengesahkan penyingkiran Burnley ke saingan Liga Kejuaraan musim depan.

Penyerang berbisa, Erling Haaland muncul wira skuad kendalian Pep Guardiola apabila meledak gol tunggal perlawanan, sekali gus meletakkan City di puncak liga buat pertama kali sejak Ogos lalu.

Meskipun meraih tiga mata berharga, Guardiola masih tidak berpuas hati dan meluahkan kekecewaannya terhadap kegagalan barisan pemainnya untuk mencatatkan kemenangan dengan jurang gol yang lebih besar.

“Kita mendominasi permainan tetapi gagal memanfaatkan deretan peluang untuk membunuh perlawanan lebih awal,” ujar pengendali dari Sepanyol itu selepas tamat perlawanan.

Kemenangan ini meletakkan tekanan hebat ke atas pencabar kejuaraan, Arsenal, ketika saingan liga menuju ke fasa penamat yang cukup mendebarkan. – AFP