Ajinomoto raih pengiktirafan MBOR
dengan agihan 2,026 pek nasi goreng kampung
di Festival Budaya Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER – Ajinomoto (Malaysia) Berhad mencipta satu lagi pencapaian istimewa apabila berjaya mengagihkan 2,026 pek Nasi Goreng Kampung kepada pengunjung sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa.
Pencapaian tersebut melayakkan Ajinomoto Malaysia menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Most ‘Nasi Goreng Kampung’ Giveaway in an Event” selepas semua 2,026 pek diagihkan dalam tempoh satu hari pada 13 September 2026.

Menggunakan Seri-Aji® Nasi Goreng Kampung, hidangan tersebut disediakan dan diagihkan secara percuma kepada pengunjung, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menikmati salah satu hidangan yang cukup sinonim dengan cita rasa rakyat Malaysia.
Pemilihan 2,026 pek turut membawa makna tersendiri bersempena tahun 2026. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan mencipta rekod, tetapi turut menjadi sebahagian daripada usaha Ajinomoto Malaysia untuk meraikan makanan tempatan yang dekat dengan kehidupan masyarakat serta menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Selain agihan Nasi Goreng Kampung, pengunjung yang hadir ke reruai Ajinomoto Malaysia di Pesta Seri Rasa turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sepanjang FBM 2026, termasuk pemberian sampel produk, promosi set kombo dan aktiviti Spin & Win.
Penyertaan Ajinomoto Malaysia di FBM 2026 turut memberi peluang untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan pengguna melalui makanan, aktiviti dan pengalaman yang menyeronokkan. Pada masa sama, ia mengetengahkan kepelbagaian makanan dan budaya yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

Usaha ini selari dengan komitmen Ajinomoto Malaysia menerusi “Eat Well, Live Well”, dengan menggalakkan rakyat Malaysia menikmati makanan yang lazat serta meluangkan masa untuk memasak, berkongsi dan menikmati hidangan bersama keluarga dan orang tersayang.
Seiring dengan usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi kebaikan melalui makanan, Ajinomoto Malaysia turut menjalankan kempen “Cinta Rasa Malaysia” dari 1 Ogos hingga 30 September 2026.
Menerusi kempen ini, pengguna hanya perlu membeli produk Ajinomoto Malaysia yang terlibat dengan nilai minimum RM10 dalam satu resit, sebelum menghantar resit tersebut melalui WhatsApp atau SmartCooking.com.my untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai RM25,000.
Pada masa sama, Ajinomoto Malaysia akan menyumbang RM1 kepada Yayasan MyKasih bagi setiap resit RM10 yang layak dihantar. Sumbangan ini akan membantu menyokong usaha menyediakan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan di seluruh Malaysia.
