
MELAKA, 26 Oktober – Program khidmat masyarakat perlu dijadikan program berterusan institusi pengajian tinggi dan bukan ketika musim pilihan raya.
- Program khidmat masyarakat mesti dijalankan berterusan oleh institusi pengajian tinggi, bukan semata-mata ketika musim pilihan raya.
- Inisiatif ini memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai kehidupan komuniti dan membolehkan mereka memahami isu serta cabaran rakyat.
- Mahasiswa perlu diberi peluang berinteraksi dengan masyarakat untuk membentuk graduan lebih matang serta berwibawa dalam kepimpinan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, program berkenaan merupakan antara usaha universiti untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai kehidupan masyarakat di luar kampus yang dilaksanakan mengikut kesesuaian masa pengajian, selain membolehkan mereka memahami isu dan cabaran dihadapi rakyat.
“Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan yang melibatkan mahasiswa dan masyarakat, seperti yang dilaksanakan di universiti-universiti di seluruh Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) SISWA UTeM Prihatin @ Melaka 2026 di Masjid Al Wathoni Bukit Pegoh, Telok Mas di sini hari ini.
Mahasiswa perlu diberi peluang berinteraksi bersama masyarakat sekaligus membentuk graduan yang lebih matang dengan sifat kepimpinan tinggi.