
PUTRAJAYA, 25 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab pelbagai persoalan berkaitan dasar, pertimbangan dan keputusan kerajaan dalam program Dialog Negara Khas: Di Sebalik Keputusan.
- Dialog melibatkan barisan panel yang mewakili pelbagai segmen masyarakat.
- Perbincangan merangkumi rasional reformasi, penyesuaian dasar berdasarkan harapan rakyat dan hala tuju Malaysia.
- Wacana diharap memberi pencerahan, merungkai kekeliruan serta meningkatkan kefahaman rakyat.
Program berkenaan akan disiarkan menerusi TV1 dan aplikasi RTMKlik bermula pukul 9 malam ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar memaklumkan, sesi dialog itu akan melibatkan barisan panel yang mewakili pelbagai segmen masyarakat.
Antara perkara yang akan dibincangkan ialah rasional pelaksanaan reformasi, penyesuaian dasar berdasarkan harapan rakyat serta hala tuju Malaysia pada masa hadapan.
Beliau berharap wacana berkenaan dapat memberi pencerahan, merungkai kekeliruan serta meningkatkan kefahaman rakyat mengenai hala tuju negara.
Selain RTM, program berkenaan turut disiarkan serentak di TV3, Bernama, Astro AWANI, TV AlHijrah dan TVS.