
KUALA LIPIS, 16 Jun – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan yang membawa muatan durian di Jalan Raub – Lipis malam ini.
- JBPM terima panggilan kecemasan pada pukul 9.03 malam.
- Lapan anggota BBP Kuala Lipis dengan jentera dan kenderaan utiliti dikerahkan.
- Bomba guna peralatan khas keluarkan mangsa; beberapa cedera dihantar ke Hospital Kuala Lipis; pemandu lori dan isteri selamat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9.03 malam.
Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan utiliti bergegas ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba, seorang mangsa berjaya keluar sendiri daripada kenderaan manakala tiga lagi mangsa didapati tersepit.
Pasukan bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa itu.
Bagaimanapun, dua daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lipis bagi mendapatkan rawatan.
Sementara itu, pemandu lori dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.