Kerajaan, MINDEF ucap takziah kepada keluarga dua anggota TDM

Foto Facebook Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban dalam insiden letupan ketika latihan membaling grenad di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun, Kedah, pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan dukacita dan menyeru doa agar roh mangsa dicucuri rahmat serta dosa mereka diampunkan.
  • Allahyarham Koperal daripada Batalion Keenam RAMD dan Allahyarhamah Prebet daripada Skuadron Pertama RAJD disebut dalam kenyataan.
  • Tentera Darat memaklumkan kedua-dua mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi hantaran Facebook memaklumkan, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia mendoakan agar ahli keluarga kedua-dua mangsa diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berkenaan.

“Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Allahyarham Koperal Norazmi daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang terkorban dalam insiden berkenaan.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Koperal Norazmi dan Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah, mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-Nya yang beriman,” menurut hantaran itu.

Sebelum itu, Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan kedua-dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pada 10.57 pagi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.