
DUBAI, 21 November –Dua kapal tangki diserang di Selat Hormuz pada Sabtu.
- UKMTO lapor sebuah kapal tangki terkena objek tidak dikenal pasti di bahagian belakang; satu lagi diserang di bilik enjin.
- Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
- Iran dakwa menembak jatuh dron AS di ruang udara Pulau Qeshm; AS sebelum ini menyerang tapak peluru berpandu Iran di situ.
Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) memaklumkan, sebuah kapal tangki yang sedang meninggalkan Selat Hormuz terkena objek tidak dikenal pasti pada Bahagian belakang kapal.
Sebuah lagi kapal tangki dilaporkan terkena serangan di bahagian bilik enjinnya.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Dalam perkembangan berasingan, Iran mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah dron milik AS di ruang udara Pulau Qeshm, yang terletak di Selat Hormuz.
Menurut laporan televisyen kerajaan Iran, insiden itu berlaku pada Sabtu.
Sebelum ini, sebuah pegawai tentera AS mengesahkan jet pejuang negara itu menyerang tapak peluru berpandu Iran di Pulau Qeshm pada Selasa lalu.
Sebelum tercetusnya konflik di Asia Barat susulan serangan AS dan Israel ke atas Iran pada Februari lalu, kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas asli dunia melalui Selat Hormuz.
Bagaimanapun, Tehran sejak itu mengenakan sekatan terhadap laluan berkenaan serta menyasarkan kapal yang cuba melaluinya tanpa kebenaran.
Sebagai tindak balas, Washington mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Iran, selain mengerahkan tentera lautnya mengiringi kapal tangki yang melalui laluan strategik berkenaan. – AFP