Penjawat awam didakwa terima rasuah lebih RM156,000

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 16 Jun – Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas 32 pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM156,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wang dimasukkan ke akaun tertuduh oleh individu yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM36,000 dengan syarat melaporkan diri setiap 20 haribulan, menyerah pasport dan tidak mengganggu saksi.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkaitan penerimaan benda berharga oleh penjawat awam.

Tertuduh didakwa menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya oleh seorang individu yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM36,000 dengan syarat perlu melaporkan diri pada setiap 20 haribulan, menyerahkan pasport serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Perintah jaminan itu dikeluarkan oleh mahkamah berkenaan.

Mahkamah turut menetapkan 19 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Shahir Mat Jusoh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574), iaitu berkaitan penerimaan benda berharga oleh penjawat awam daripada pihak yang mempunyai urusan rasmi dengannya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.