Niaga hadapan emas ditutup tinggi susulan permintaan aset selamat

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 10 November- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas dipacu oleh permintaan aset selamat walaupun menyaksikan prestasi lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak November 2026 meningkat kepada AS$4,099.20 daripada AS$4,087.60; Disember 2026 naik kepada AS$4,114.80 daripada AS$4,103.20.
  • Kontrak Januari, Februari, April dan Jun 2027 melonjak kepada AS$4,115.90 daripada AS$4,104.30 setiap auns troy.
  • Jumlah dagangan kekal 103 kontrak manakala kepentingan terbuka susut kepada 159 kontrak; harga rujukan LBMA AS$4,117.00.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta November 2026 meningkat kepada AS$4,099.20 setiap auns troy daripada AS$4,087.60, manakala Disember 2026 menokok kepada AS$4,114.80 daripada AS$4,103.20.

Januari 2027, Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 melonjak kepada AS$4,115.90 setiap auns troy daripada AS$4,104.30.

Jumlah dagangan kekal tidak berubah pada 103 kontrak, manakala kepentingan terbuka susut kepada 159 kontrak berbanding 177 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan penetapan tengah hari 9 November 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal berada pada paras AS$4,117.00 setiap auns troy. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.