
KIEV, 10 November – Pasukan perunding Ukraine berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri rundingan dengan wakil Rusia dan Amerika Syarikat (AS), menurut Ketua Perkhidmatan Perisikan Luar Ukraine Rustem Umerov pada Isnin, lapor Xinhua.
- Rundingan tiga pihak dijadualkan berlangsung di Abu Dhabi pada Selasa dan Rabu.
- Wakil UK, Perancis, Jerman, Itali, pegawai NATO dan Suruhanjaya Eropah turut hadir di Abu Dhabi.
- Matlamat rundingan ialah mencapai keamanan jangka panjang, menjamin keselamatan Ukraine dan membuka peluang pemulihan negara.
Umerov menerusi hantaran di Telegram berkata rundingan tiga pihak itu dijadual berlangsung di Abu Dhabi pada Selasa dan Rabu.
Beliau berkata wakil negara Eropah termasuk United Kingdom (UK), Perancis, Jerman dan Itali, serta pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Suruhanjaya Eropah turut akan berada di Abu Dhabi.
Umerov berkata Ukraine juga merancang mengadakan mesyuarat penyelarasan secara berasingan dengan rakan kongsinya dari Eropah.
“Matlamat kami adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang dan berkekalan, menjamin keselamatan Ukraine serta membuka peluang sebenar bagi pemulihan negara itu selepas perang,” kata beliau.
Pertemuan di Abu Dhabi itu akan menjadi rundingan tiga pihak pertama antara Rusia, AS dan Ukraine sejak Februari lepas. – BERNAMA-XINHUA