
ALOR SETAR, 16 Jun –Lebih 1,000 jemaah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena Sambutan Tahun Baharu Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah 1448H/ 2026M di Masjid Ar Rahmah, Taman Wira Mergong, malam ini.
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan hadir pada majlis yang bermula selepas solat Maghrib.
- Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah berkenan hadir pada majlis.
- Majlis bermula selepas solat Maghrib dan Baginda menunaikan solat Maghrib berjemaah.
- Bacaan doa awal tahun dan Yasin dipimpin Penolong Imam Masjid Zahir Ustaz Khairul Firdaus Abu Bakar Al-Hafiz.
- Baginda menunaikan solat Isyak berjemaah dan beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat pulang.
Baginda bersama jemaah terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menyertai bacaan doa awal tahun dan bacaan Yasin yang dipimpin Penolong Imam Masjid Zahir, Ustaz Khairul Firdaus Abu Bakar Al-Hafiz.
Selesai bacaan Yasin, Tengku Sarafudin Badlishah kemudian menunaikan solat Isyak berjemaah bersama para jemaah yang hadir.
Baginda turut meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat pulang.