45 kawasan catat IPU sederhana setakat 4 pagi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Sebanyak 45 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sederhana, setakat pukul 4.00 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Batu Pahat mencatat bacaan tertinggi IPU 92, diikuti Batu Muda dan Kluang pada 86.
  • Beberapa kawasan Johor seperti Pasir Gudang, Larkin dan Tangkak merekodkan IPU sederhana antara 74 hingga 80.
  • Beberapa lokasi Sarawak termasuk Samalaju, Sri Aman, Samarahan dan Kuching menunjukkan bacaan sederhana sekitar 72 hingga 79.
  • Definisi IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, melebihi 300 berbahaya.

Menerusi portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Batu Pahat, Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 92, diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (86) dan Kluang, Johor (86).

“Antara kawasan lain yang mencatat IPU pada tahap sederhana adalah Pasir Gudang, Johor (80), Larkin, Johor (79), Samalaju, Sarawak (79) dan Tangkak, Johor (74).

“Selain itu, Sri Aman, Sarawak (73), Seremban, Negeri Sembilan (72), Samarahan, Sarawak (72) dan Kuching, Sarawak (72),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, 23 kawasan lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.