43 kawasan catat IPU sederhana setakat 7 pagi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Sebanyak 43 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sederhana, setakat pukul 7.00 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan tertinggi direkodkan di Batu Pahat (93), Batu Muda, Kuala Lumpur (87) dan Kluang (84).
  • Beberapa lagi kawasan merekod IPU sederhana termasuk Pasir Gudang (82), Larkin (81), Samalaju (76) dan Tangkak (75).
  • 25 kawasan lain merekod IPU pada tahap baik; skala IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, >300 berbahaya.

Menerusi portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Batu Pahat, Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 93, diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (87) dan Kluang, Johor (84).

“Antara kawasan lain yang mencatat IPU pada tahap sederhana adalah Pasir Gudang, Johor (82), Larkin, Johor (81), Samalaju, Sarawak (76) dan Tangkak, Johor (75).

“Selain itu, Sri Aman, Sarawak (74), Seremban, Negeri Sembilan (71), Samarahan, Sarawak (70) dan Kuching, Sarawak (70),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, 25 kawasan lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.