96 rumah mampu milik bakal dibangunkan di Simpang Pertang

Foto FB Jalaluddin Alias

JELEBU, 20 November – Usaha memperluas peluang pemilikan kediaman di Parlimen Jelebu terus diperkasa menerusi pembangunan projek perumahan di Simpang Pertang yang melibatkan pembinaan 96 unit rumah di atas tanah seluas 8.3 hektar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek bertujuan merancakkan pembangunan setempat dan menyediakan pilihan rumah mampu milik untuk penduduk Jelebu.
  • Menawarkan rumah Jenis B dan rumah teres setingkat dengan harga tidak melebihi RM300,000.
  • Pembangunan turut termasuk 17 unit kedai dua tingkat, diharap memenuhi permintaan kediaman serta memacu pertumbuhan ekonomi Simpang Pertang.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, memaklumkan bahawa projek berkenaan bukan sahaja bertujuan merancakkan pembangunan setempat, malah menjadi antara usaha memenuhi keperluan kediaman penduduk dengan menyediakan pilihan rumah pada harga mampu milik.

“Kita bukan mahu menunjukkan bahawa pembangunan yang dilaksanakan merupakan pembangunan eksklusif atau pembangunan yang tidak memberi manfaat. Sebaliknya, pembangunan ini bertujuan menyediakan kemudahan untuk rakyat, khususnya daripada segi penempatan.

“Pada masa ini, kawasan Parlimen Jelebu berdepan kekurangan kemudahan penempatan. Ramai yang bertemu saya dan bertanya, mengapa mereka yang bekerja di Jelebu terpaksa memiliki rumah di luar kawasan tersebut, termasuk di kawasan sempadan berhampiran Selangor dan Wilayah Persekutuan?

“Justeru, berdasarkan maklum balas yang diterima, hasrat saya adalah untuk memastikan penduduk Jelebu, malah mereka daripada luar yang bekerja di Jelebu, turut berpeluang memiliki hartanah di kawasan parlimen ini,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika berucap Pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perumahan Tanah Majlis Daerah Jelebu di Simpang Pertang, petang tadi.

Projek itu bakal menawarkan rumah mampu milik Jenis B dan rumah teres setingkat, pada harga
tidak melebihi RM300,000.

Pembangunan itu turut merangkumi 17 unit kedai dua tingkat.

Inisiatif berkenaan diharap dapat memenuhi permintaan kediaman dikalangan masyarakat, selain menjadi pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di Simpang Pertang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.