
KUALA LUMPUR, 20 November – Gempa bumi sederhana telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 9.09 malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Koordinat kejadian: 5.4 darjah Utara, 125.3 darjah Timur, sekitar 135 km Tenggara Koronadal City, Filipina.
- Kedalaman gegaran dicatatkan pada 10 km.
- METMalaysia mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian.
- Tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia menurut METMalaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 5.4 darjah Utara dan 125.3 darjah Timur, kira-kira 135 kilometer (km) Tenggara dari Koronadal City, Filipina.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 km.
METMalaysia memaklumkan, gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.