Enam maut dalam serangan Rusia ke atas Kyiv

Foto AFP

KYIV, 21 November – Sekurang-kurangnya enam orang maut di ibu negara Ukraine selepas Rusia melancarkan serangan peluru berpandu dan ratusan dron sepanjang malam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Putin berikrar memberi tindak balas 'menyakitkan' susulan serangan Ukraine ke atas Jambatan Crimea.
  • Serangan memaksa penduduk mencari perlindungan termasuk di stesen metro bawah tanah.
  • Penduduk Arkadiy Sagan berkata keadaan amat sukar dari segi psikologi semasa berlindung.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin berikrar akan memberi tindak balas yang ‘menyakitkan’ susulan serangan Ukraine ke atas Jambatan Crimea pada minggu ini.

Serangan tersebut turut memaksa penduduk mencari perlindungan termasuk di stesen metro bawah tanah di Kyiv.

Seorang penduduk, Arkadiy Sagan berkata, keadaan itu sukar dihadapi terutamanya kesan dari segi psikologi ketika beliau terpaksa berlindung di stesen metro sebelum memulakan syif kerja pada pukul 8 pagi.

“Sukar untuk melihat keadaan ini, dan dari segi psikologi juga amat sukar,” katanya.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.