Yeo’s raikan Momen Magis bersama Ammar Ahyan & Emma Sofea sempena Hari Teh Sedunia

Foto Yeo’s Malaysia

Kuala Lumpur,21 Mei 2026 —Yeo’s Malaysia meraikan momen penuh magis bersama Ammar Ahyan & Emma Sofea menerusi pengalaman menyeluruh yang menggabungkan interaktif dan deria, membawakan budaya, gaya hidup dan rangsangan deria dalam elemen teh menerusi majlis pelancaran terkini kempen rangkaian Teh Yeo’s.

Berlangsung di Immersify, Kuala Lumpur, acara ini memberi nafas baru yang lebih segar dan moden kepada hala tuju rangkaian Teh Yeo’s, meletakkan Teh Yeo’s lebih dari sekadar minuman, tetapi teman penyegar, mendefinisikan keperibadian, dan jalinan hubungan dalam momen harian.

Majlis ini juga memperkenalkan wajah kempen terbaharu, iaitu Ammar Ahyan dan Emma Sofea, wajah yang tidak asing ini mewakili generasi muda, ekspresif, dan dekat dengan pengguna seusianya disebalik kempen rangkaian Teh Yeo’s ini.

Pengalaman Magis Teh Yeo’s untuk Generasi Masa Kini

Direka untuk memberikan pengalaman menyeluruh, para tetamu dibawa untuk merasai Teh Yeo’s dengan cara interaktif, sesi menikmati the, visual gaya hidup, dan momen mengalakkan interaksi dan kebersamaan.

Daripada barisan perisa buah-buahan seperti Yeo’s White Peach Tea (Yeo’s Teh 4 Berperisa Pic Putih), dan Yeo’s Passion Fruit (Yeo’s Teh Berperisa Buah Markisah) kepada aroma bunga jasmin melalui Yeo’s Jasmine Green Tea dan perisa klasik Yeo’s Teh Ais Lemon (Yeo’s Ice Lemon Tea).

Rangkaian Teh Yeo’s ini mencerminkan keperibadian dan mood yang pelbagai. Membolehkan pengguna mendefinasikan personaliti melalui perbezaan perisa kegemaran mereka.

Memperkukuh Hubungan Melalui Kandungan Budaya

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan kempen ini, Yeo’s Malaysia akan terus mengembangkan ekosistem kandungannya melalui kandungan video digital, sesi podcast, aktiviti TikTok LIVE, kerjasama bersama pempengaruh, serta detik teh berteraskan gaya hidup.

Kempen ini bertujuan untuk menjadikan Yeo’s lebih dekat kepada pengguna generasi muda, sambil meneruskan budaya masyakat Malaysia dalam budaya pengambilan teh seharian.

Meraikan Teh YEO’S, Kesegaran & Momen Seharian Masyarakat Malaysia

Sambutan Hari Teh Sedunia ini mengukuhkan legasi Yeo’s yang telah lama bertapak dalam menghasilkan rangkaian minuman teh, dan dedikasi dalam memperkenalkan minuman yang lebih segar dan kontemporari dalam menghubungkan setiap lapisan
generasi pengemar Teh Yeo’s.

Teh Yeo’s memberikan rangkaian perisa yang pelbagai, pilihan rendah gula, dalam pek mudah dibawa. Yeo’s terus menyegarkan pengalaman pengguna sesuai dengan gaya hidup moden.

“Teh Yeo’s merupakan teman setia rakyat Malaysia, dan hari ini kami mahu terus meletakkannya sebagai pilihan generasi kini, tidak kira apa sahaja momen seharian mereka, sama ada bekerja, belajar, menaiki pengangkutan awam, meluangkan masa sama kawan, atau sekadar mengambil masa untuk menyegarkan semula badan.

Melalui kempen ini, kami mahu meraikan setiap detik dalam kehidupan dan kebersamaan Teh Yeo’s dalam pengalaman gembira, segar dan dekat dengan jiwa.

Kami berharap Teh Yeo’s menjadi momen magis yang menceriakan hari mereka, bila bila masa dan dimana jua” Renda Low,Pengarah Pemasaran,Yeo’s Malaysia.

Magisnya Teh Yeo’s

Rangkaian Teh Yeo’s dihasilkan daripada bahan-bahan yang berkualiti, dari pilihan daun teh ke aroma wangi bunga jasmine, lemon yang segar, daun teh hijau berkualiti dari tunas permulaan musim bunga, dan tambahan perisa menerujakan seperti markisah dan buah pic putih. Setiap Teh Yeo’s dibru segar, tanpa bahan pengawet tambahan, memberikan nota segar kepada aroma dan rasa.

Teh Hijau Jasmin dan Yeo’s Teh Pucuk Awal Yeo’s menawarkan rasa yang tersendiri, rasa lembut dan menenangkan.

Sementara Yeo’s Teh Ais Lemon memberi rasa citrus yang menyegarkan dan inspirasa citarasa tropika seperti Yeo’s Berperisa Buah Markisah dan Yeo’s Teh Berperisa Pic Putih, memberikan ledakan rasa segar untuk setiap mood dan momen.

Setiap produk kami dihasilkan melalui piawaian kualiti antarabangsa dan keselamatan makanan yang ketat, dengan pensijilan halal, memberikan keyakinan dalam setiap tegukan.

Tersedia dalam saiz pek 250ml, 300ml, 380ml, 1Ldan 1.5L, Yeo’s Tea sesuai dalam setiap situasi dan keperluan pengguna.

“Mungkin dunia ini gila… atau mungkin anda cuma perlukan Teh Yeo’s yang menyegarkan.”

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.