Maritim rampas dadah, pelbagai peralatan bernilai RM40,000 di perairan Perak

Operasi khas dilaksanakan hasil risikan dan maklumat awam berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi di kawasan muara sungai terpencil. Foto Maritim Malaysia

KUALA KURAU, 16 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak merampas dadah disyaki heroin dan methamphetamine serta pelbagai peralatan lain dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM40,000 dalam operasi khas di perairan negeri ini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi khas dilaksanakan hasil risikan dan maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran dadah di muara sungai terpencil.
  • Penguat kuasa mengesan dua lelaki dalam bot kayu tanpa nombor pendaftaran; mereka meloloskan diri ke kawasan paya bakau.
  • Pemeriksaan menemukan dadah siap dibungkus dipercayai untuk pengedaran, dianggarkan bernilai sekitar RM12,000.
  • Wang tunai hampir RM2,500 dan beberapa telefon bimbit ditemui; semua barang dibawa ke Ibu Pejabat Maritim untuk siasatan.

Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau Komander Mohd Hairil Othman berkata operasi tersebut dilaksanakan hasil risikan dan maklumat awam berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi di kawasan muara sungai terpencil.

Beliau berkata pihaknya turut mengesan dua lelaki di dalam sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran sebelum mereka meloloskan diri ke kawasan paya bakau berhampiran sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa.

Dadah dan peralatan yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk tindakan dan siasatan lanjut. Foto Maritim Malaysia

“Hasil pemeriksaan menemukan dadah yang telah siap dibungkus dan dipercayai untuk tujuan pengedaran dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM12,000.

“Pihak kami turut menemukan wang tunai hampir RM2,500 di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di bot berkenaan serta beberapa unit telefon bimbit yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti transaksi bahan terlarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kesemua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk tindakan lanjut dan siasatan akan dilakukan di bawah undang-undang berkaitan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.