Program WISE perkasa ekonomi wanita Perlis

Foto RTM

KANGAR, 16 Jun – Program Women In Search Of Excellence (WISE) “Elevating Women, Empowering Communities” merupakan satu inisiatif hasil kerjasama strategik antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dalam usaha memperkasa ekonomi wanita di Perlis serta memperkukuh peranan mereka sebagai penggerak pembangunan masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Meningkatkan kapasiti, memperluas jaringan dan mengasah kemahiran usahawan wanita melalui ekosistem keusahawanan komprehensif.
  • Menjadi pemangkin transformasi perniagaan kecil kepada entiti berdaya saing, menjana ekonomi keluarga dan menyumbang kepada pembangunan negeri.
  • Memberi pendedahan dan akses pembiayaan, pemasaran serta jaringan industri melalui sesi tokoh korporat; merekod penyertaan 350 usahawan.

Melalui ekosistem keusahawanan yang komprehensif, program ini membuka ruang kepada usahawan wanita untuk meningkatkan kapasiti perniagaan, memperluas jaringan profesional serta mengasah kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi cabaran ekonomi masa kini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, program WISE bukan sekadar medan perkongsian ilmu, malah menjadi pemangkin kepada transformasi usahawan wanita untuk melangkah lebih jauh daripada perusahaan kecil kepada perniagaan yang berdaya saing dan berpotensi menembusi pasaran yang lebih luas.

Penganjuran program seperti ini juga mampu melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berani mencipta peluang, menjana ekonomi keluarga serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negeri dan negara.

Dalam merealisasikan aspirasi ‘Bringing To The Next Level’, pelbagai pengisian berkualiti telah disusun oleh pihak MARA sepanjang program ini, termasuk sesi bersama tokoh korporat dan usahawan berjaya yang berkongsi pengalaman, kepakaran serta strategi untuk membina perniagaan yang berdaya saing.

Pendekatan seperti ini bukan sahaja mampu memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para peserta, malah menyediakan akses yang lebih mudah kepada peluang pembangunan perniagaan,pembiayaan, pemasaran dan jaringan industri.

Baginda berkenan merasmikan penutup Women In Search Of Excellence (WISE) “Elevating Women, Empowering Communities” di sini.

Program disertai seramai 350 usahawan wanita dari seluruh Perlis sekali gus mencatatkan penyertaan tertinggi sejak program tersebut diperkenalkan pada tahun 2023 dan menjadi platform strategik dalam pembangunan wanita melalui keusahawanan, peningkatan kapasiti serta pembinaan jaringan perniagaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.