
DENGKIL, 16 Mei – Op Lebih Muatan mengesan sikap tidak bertanggungjawab pengusaha dan pemandu lori, yang bertindak melanggar had muatan demi memperoleh keuntungan berganda.
- JPJ Selangor tidak akan berkompromi dan sedia mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan membawa lebih muatan.
- Januari hingga semalam: 194,318 kenderaan diperiksa; 11,431 dikenakan tindakan; 1,595 ditimbang; empat disita mengikut Seksyen 80(1) APAD 2010.
- Operasi menumpukan kenderaan yang melanggar had muatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, APAD 2010 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor 1959.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan, (JPJ) Selangor tidak akan berkompromi dengan kesalahan terbabit dan sedia mengambil tindakan tegas.
Timbalan Pengarahnya, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata sepanjang Januari hingga semalam, pihaknya telah merekodkan 11,431 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk membawa lebih muatan.
“Secara keseluruhan 194,318 kenderaan telah diperiksa dalam tempoh tersebut. Sebanyak 1,595 kenderaan turut ditimbang, manakala empat kenderaan disita mengikut Seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010,”katanya dalam sidang media Op Lebih Muatan di sini.
Jelasnya lagi, operasi turut memberi tumpuan khusus terhadap kenderaan yang melanggar had muatan dibenarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta peruntukan di bawah APAD 2010 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor 1959.