New York sedia kendali gelombang peminat Piala Dunia 2026

Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani (ditengah). Foto REUTERS

NEW YORK, 5 Jun – Pihak berkuasa New York memberi jaminan bahawa bandar raya itu bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan kehadiran ratusan ribu peminat sempena Piala Dunia FIFA 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Bandar Zohran Mamdani tekankan fokus kepada pemerkasaan infrastruktur selain kecemerlangan di atas padang.
  • Beliau menegaskan New York bukan lokasi untuk bas parkir dan perancangan pengangkutan diberi perhatian serius.
  • Beberapa laluan transit tambahan, perkhidmatan bas ulang-alik khas dan petugas bantuan pelancong akan ditempatkan di lokasi strategik.
  • Piala Dunia 2026 bermula 11 Jun, dianjur bersama Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico; lapan perlawanan di Stadium MetLife.

Menurut Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, kerajaan tidak hanya memberi tumpuan terhadap kualiti di atas padang, tetapi pemerkasaan infrastruktur di bandar raya berkenaan.

“New York tidak akan menjadi lokasi untuk bas parkir.

“Beberapa bulan mendatang ini, kerajaan tidak hanya memberi fokus kecemerlangan di atas padang, pada masa sama memastikan jaringan infrastruktur pengangkutan dipertingkat, dan langkah keselamatan dilaksanakan sepanjang kejohanan berlangsung,” katanya menerusi sidang media.

Menurut pihak berkuasa, beberapa laluan transit tambahan, perkhidmatan bas ulang-alik khas serta petugas bantuan pelancong akan ditempatkan di lokasi strategik pada hari perlawanan bagi memudahkan pergerakan penyokong.

Piala Dunia 2026 akan bermula pada 11 Jun dan dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada serta Mexico.

Sebanyak lapan perlawanan dijadual berlangsung di Stadium MetLife di East Rutherford, New Jersey, antara 13 Jun hingga 19 Julai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.