Parlimen Eropah lulus pelaksanaan perjanjian perdagangan EU-AS

Usul berkenaan diluluskan dengan 440 undi menyokong berbanding 151 undi menolak / REUTERS

STRASBOURG, 16 Jun– Parlimen Eropah meluluskan pelaksanaan perjanjian perdagangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan pertikaian tarif baharu antara kedua-dua pihak.

RINGKASAN BERITA AI
  • EU meneruskan komitmen mengurangkan atau memansuhkan duti import ke atas pelbagai barangan industri dari AS.
  • AS mengekalkan tarif 15 peratus bagi kebanyakan produk EU yang memasuki pasaran negara itu.
  • Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Eropah, Bernd Lange, menyifatkan perjanjian itu masih dilihat tidak seimbang.
  • EU mempunyai mekanisme untuk menggantung konsesi jika AS gagal mematuhi syarat perjanjian.

Kelulusan itu membolehkan EU meneruskan komitmennya untuk mengurangkan atau memansuhkan duti import ke atas pelbagai barangan industri dari AS.

Perjanjian berkenaan dipersetujui tahun lalu, namun pelaksanaannya memerlukan kelulusan Parlimen Eropah sebelum dapat dikuatkuasakan.

Sebagai balasan, AS mengekalkan tarif 15 peratus ke atas kebanyakan produk dari EU yang memasuki pasaran negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Parlimen Eropah, Bernd Lange berkata perjanjian tersebut masih dilihat tidak seimbang.

“Tarif 15 peratus dikenakan ke atas produk EU yang dieksport ke AS, manakala kebanyakan barangan AS memasuki pasaran EU tanpa tarif,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan perjanjian itu penting sebagai langkah perlindungan bagi mengelakkan ketegangan perdagangan yang lebih besar.

Menurutnya, EU turut mempunyai mekanisme untuk menggantung konsesi yang diberikan sekiranya AS gagal mematuhi syarat perjanjian tersebut.

Usul itu diluluskan dengan 440 undi menyokong berbanding 151 undi menolak. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.