Zelenskiy mahu bertemu Putin sebelum musim sejuk

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy ketika wawancara bersama Reuters di Perancis / REUTERS

EVIAN-LES-BAINS, 16 Jun– Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy mahu mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum ketibaan musim sejuk bagi membincangkan usaha menamatkan konflik antara kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dialog langsung penting untuk mengelakkan rakyat Ukraine terus menghadapi kesukaran ketika musim sejuk.
  • Zelenskiy mencadangkan pertemuan sempena Sidang Kemuncak G7 melalui negara berkecuali seperti Switzerland.
  • Cadangan itu tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak Rusia.
  • Trump memberi reaksi positif terhadap permintaan Ukraine untuk meningkatkan bekalan peluru berpandu dan sokongan pengeluaran senjata.

Menurut beliau, dialog secara langsung penting bagi mengelakkan rakyat Ukraine terus berdepan kesukaran ketika musim sejuk seperti yang dialami sebelum ini.

Zelenskiy berkata, beliau sebelum ini mencadangkan supaya satu pertemuan dengan Rusia diadakan sempena Sidang Kemuncak G7 menerusi negara berkecuali seperti Switzerland.

Bagaimanapun, cadangan tersebut tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak Rusia.

“Saya fikir amat penting untuk mengadakan pertemuan sebelum musim sejuk.

Kami tidak mahu melalui satu lagi musim sejuk yang sukar dan sebab itu saya terus mengusulkan dialog,” katanya dalam wawancara bersama Reuters di Perancis.

Menurut beliau, pertemuan itu boleh diadakan di negara berkecuali seperti Switzerland, Turkiye atau mana-mana negara lain yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Dalam perkembangan sama, Zelenskiy berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menunjukkan reaksi positif terhadap permintaan Ukraine untuk meningkatkan bekalan peluru berpandu.

Beliau turut berharap Washington dapat menyokong usaha memperluas pengeluaran senjata itu bagi memenuhi keperluan pertahanan Ukraine. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.