Program Yakin MADANI promosi Sukan SEA 2027

Program Yakin MADANI peringkat Pulau Pinang / Foto RTM

BALIK PULAU, 29 November – Program Yakin MADANI dimanfaatkan Kerajaan Pulau Pinang sebagai platform mempromosikan Sukan SEA 2027, sekali gus meningkatkan kesedaran dan keterujaan orang ramai menjelang temasya berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Orang ramai berpeluang mendapatkan maklumat mengenai enam acara sukan: sepak takraw, tinju, judo, floorball, pingpong serta skuter dan biliard.
  • Sukan SEA 2027 dijadual berlangsung dari 18 hingga 29 September 2027.
  • Program Yakin MADANI berlangsung selama dua hari di Kompleks Sukan Balik Pulau dengan pelbagai pengisian, dan disempurnakan Perdana Menteri.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pulau Pinang, Muhammad Ghopran Yeop Hamzah berkata, penganjuran program itu memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat mengenai enam acara sukan yang akan berlangsung di negeri berkenaan.

Enam acara sukan berkenaan ialah sepak takraw, tinju, judo, floorball, pingpong serta skuter dan biliard.

“Alhamdulillah, Pulau Pinang dipilih sebagai kluster venue Sukan SEA 2027. Kita mempunyai enam acara sukan dan menerusi program ini, kita berpeluang mempromosikan sukan-sukan berkenaan kepada masyarakat,” katanya.

Sukan SEA 2027 dijadual berlangsung dari 18 hingga 29 September 2027.

Program Yakin MADANI peringkat Negeri Pulau Pinang berlangsung selama dua hari di Kompleks Sukan Balik Pulau bermula semalam.

Antara pengisian menarik disediakan termasuk e-sukan, konsert, autoshow, Fit Check Warisan Walk, sukan rakyat serta pameran aset keselamatan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Program berkenaan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.