Netanyahu lengahkan perjanjian Gaza sehingga selepas pilihan raya Oktober – Menteri Palestin

Foto X Varsen Aghabekian Shahin

RAMALLAH, 9 Ogos – Menteri Luar Palestin Varsen Aghabekian Shahin pada Ahad menuduh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu cuba melengahkan perjanjian Gaza sehingga selepas pilihan raya Israel pada Oktober, susulan penolakan rasmi beliau terhadap pelan damai yang diterajui Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Shahin: Netanyahu tidak mahu mencapai sebarang perjanjian dan mahu rakyat Palestin kekal dalam ketidakpastian.
  • Peringatan tentang perubahan berbahaya dalam keganasan peneroka Tebing Barat: lebih terselaras, bersenjata dan merosakkan.
  • Tindakan peneroka menjejaskan kehidupan rakyat Palestin dan menggugat prospek penyelesaian dua negara.
  • Israel menolak pelan damai Gaza 15 perkara; tentera akan kekal sehingga Hamas dilucutkan senjata; Hamas menegaskan komitmen.

Ketika ditemu bual oleh radio rasmi Voice of Palestine, Shahin berkata Netanyahu “tidak mahu mencapai sebarang perjanjian” dan mahu rakyat Palestin terus berada dalam keadaan ketidakpastian.

Beliau turut memberi amaran mengenai “perubahan berbahaya” dalam keganasan yang dilakukan peneroka haram Israel di Tebing Barat, dengan menyatakan bahawa tindakan itu kini semakin terselaras, lebih bersenjata dan merosakkan, sekali gus menjejaskan kehidupan rakyat Palestin serta menggugat prospek penyelesaian dua negara.

Terdahulu pada hari yang sama, Netanyahu memberitahu mesyuarat mingguan Kabinet bahawa Israel menolak pelan damai Gaza 15 perkara yang dikemukakan oleh “Lembaga Keamanan” yang diterajui AS, sambil menegaskan bahawa tentera Israel tidak akan berundur sehingga Hamas dilucutkan senjata sepenuhnya.

Beberapa jam selepas pengumuman Netanyahu itu, Hamas menegaskan semula komitmennya terhadap pelan berkenaan menerusi satu kenyataan media.
– BERNAMA-XINHUA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.