PDN 2026 penuhi keperluan masyarakat, bantu tangani isu dihadapi

Pelaksanaan PDN 2026 memberi tumpuan kepada lima teras utama

KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Program Dakwah Negara (PDN) 2026 yang dilancarkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bermula Khamis lepas hingga 31 Disember depan menyasarkan pelaksanaan 500 program dengan penglibatan 10,000 peserta.

RINGKASAN BERITA AI
  • PDN 2026 memberi tumpuan kepada lima teras utama, bertujuan memenuhi keperluan masyarakat dan membantu menangani isu yang dihadapi.
  • Program memberikan pencerahan, kecerdasan dan membimbing masyarakat ke arah kebaikan, kata Menteri.
  • Pemukiman Zamalah YADIM kebangsaan menjadi platform menyusun jaringan ejen dakwah, sukarelawan, pembangunan masyarakat dan kepimpinan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan selepas merasmikan program berkenaan berkata, pelaksanaan PDN 2026 memberi tumpuan kepada lima teras utama bertujuan memenuhi keperluan masyarakat dan membantu menangani isu yang dihadapi.

“Alhamdulillah, kita nampak bagaimana kesan dan impaknya yang sangat baik untuk memberikan pencerahan, kecerdasan dan juga membimbing masyarakat ke arah kebaikan,”katanya.

Majlis turut menyaksikan Perasmian Pemukiman Zamalah YADIM peringkat Kebangsaan yang dihadiri lebih 250 ejen dakwah dari seluruh negara.

Pemukiman berkenaan merupakan platform menyusun jaringan individu dan penggerak YADIM melalui pelbagai program dalam bidang dakwah,sukarelawan,pembangunan masyarakat serta kepimpinan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.