RMSDC platform belia bina keberanian bersuara, fikiran kritis

Pengalaman berdebat berupaya mendorong golongan muda membina keyakinan dan keberanian intelektual

PETALING JAYA, 3 Oktober – Kejohanan Debat Raja Muda Selangor (RMSDC) bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya menjadi platform untuk golongan muda membina keberanian
bersuara, berfikir secara kritis serta memahami pandangan berbeza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tengku Amir Shah titah: keberanian bersuara mesti disertai keterbukaan untuk mendengar dan belajar daripada pihak yang berbeza.
  • RMSDC memberi peluang kepada belia menyuarakan idea, memacu perbualan dan membuka ruang pembangunan diri.
  • Acara mengumpul pasukan pelajar dari pelbagai kawasan dan meraikan juara, menggalakkan persaingan sihat serta pengiktirafan bakat belia.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bertitah keberanian mengemukakan pandangan perlu disertai sikap terbuka untuk mendengar dan belajar daripada pihak yang mempunyai pendirian berbeza.

“Pengalaman berdebat berupaya mendorong golongan muda ‘mempersoalkan’ kepercayaan serta pendirian sendiri, selain membina keyakinan dan keberanian intelektual,”titah baginda pada Kejohanan Debat Raja Muda Selangor.

Kejohanan dua hari itu menghimpunkan 42 pasukan melibatkan 170 pendebat muda dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tengku Amir Shah turut bertitah golongan muda memerlukan peluang serta ruang untuk suara mereka didengari, namun setiap suara hadir bersama tanggungjawab.

Baginda berharap RMSDC menjadi permulaan kepada lebih banyak perbualan, cetusan idea dan peluang yang memberi tumpuan kepada pembangunan belia.

Pada majlis itu juga baginda berkenan menyampaikan hadiah kepada Sekolah Menegah Sains Kuala Selangor yang dinobatkan juara Kejohanan Debat Raja Muda Selangor 2026 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, trofi dan sijil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.