Tiga lelaki ditahan curi kabel di Kuching, miliki rekod jenayah lampau

Kabel yang dicuri dipotong kepada keratan kecil/Foto Polis Kuching

KUCHING, 3 Oktober – Tiga lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian kabel di Kampung Siol Kandis, Petra Jaya, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek dipercayai memotong kabel dan mengheretnya menggunakan motosikal sebelum memotongnya kepada keratan kecil.
  • Semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan saringan awal air kencing menunjukkan positif dadah.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan; polis menjemput orang ramai memberi maklumat melalui talian yang disediakan.

Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia antara 30 hingga 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan ketiga-tiga suspek ditahan polis kira-kira pukul 11.20 pagi di kawasan Kampung Pulo Hulu, Kuching.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 10.20 pagi apabila suspek dipercayai memotong kabel menggunakan pemotong sebelum mengheretnya menggunakan sebuah motosikal ke sebuah rumah di Kampung Pulo Hulu.

“Kabel berkenaan kemudian dipercayai dipotong kepada keratan kecil,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tiga suspek lelaki tempatan ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian kabel di Kuching

Semakan turut mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, manakala saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

Polis turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sjn Manch Gubak di talian 019-5958260 atau Bilik Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.