Malaysia terima dua pesawat tempur Korea Selatan pada Jumaat

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin / Foto Facebook Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Malaysia dijadual menerima dua buah pesawat tempur ringan (LCA) FA-50M Blok 20 buatan Korea Selatan pada Jumaat ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perolehan 18 pesawat FA-50M daripada Korea Aerospace Industries, kontrak hampir RM4 bilion, untuk memperkukuh keupayaan tempur udara.
  • Pesawat dilengkapi radar AESA dan Sniper Advanced Targeting Pod, meningkatkan keupayaan perisikan dan serangan tepat.
  • Tiga dron MALE Anka-S ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan dan ditubuhkan Skuadron ANKA-S untuk operasi sokongan.
  • Malaysia kenal pasti Perancis, Itali dan Turkiye sebagai pembekal alternatif sistem peluru berpandu antikapal; proses pembekalan dijangka tiga hingga empat tahun.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penerimaan pesawat berkenaan sebagai usaha memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya dalam memastikan kesiapsiagaan dan postur pertahanan negara di Laut China Selatan.

Tambah beliau, bagi meningkatkan keupayaan perisikan keselamatan di perairan berkenaan, kementerian menempatkan tiga buah Unmanned Aerial Surveillance (MALE) Anka-S di Pangkalan Udara Labuan.

“Pada tahun ini, keanggotaan di Pangkalan Udara Labuan turut ditambah melalui penubuhan Skuadron ANKA-S sebagai organisasi baharu bagi mengoperasikan dan menyokong keupayaan tersebut

“Selain itu, Melakukan perolehan 18 pesawat FA-50M dari Korea yang akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, dengan sebahagiannya turut dirancang untuk ditugaskan di Pangkalan Udara Labuan bagi memperkukuh keupayaan tempur udara,” katanya.

Pada Mei 2023, Kementerian Pertahanan dan Korea Aerospace Industries (KAI) menandatangani kontrak bernilai hampir RM4 bilion bagi perolehan 18 pesawat tempur ringan FA-50 Block 20 yang dikenali sebagai FA-50M (Malaysia).

Pesawat berkenaan dilengkapi teknologi radar Active Electronically Scanned Array (AESA) serta Sniper Advanced Targeting Pod yang memberikan kelebihan taktikal dan keupayaan serangan tepat.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat, di sini, hari in

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Malaysia sudah mengenal pasti tiga negara alternatif yang akan membekalkan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) yang dibatalkan Norway kepada Malaysia.

Antara tiga negara yang dikenal pasti itu adalah Perancis, Itali dan Turkiye selain, dijangka proses pembekalan mengambil masa antara tiga hingga empat tahun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.