
PUTRAJAYA, 3 Oktober – Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Shamsul Azri Abu Bakar menyaksikan kemeriahan ‘Colours of Parade’ sempena Citrawarna Speed Festival 2026 yang mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan warisan Malaysia.
- Kira-kira 1,500 penari dan penghibur mempamerkan muzik tradisional, tarian, busana serta persembahan budaya Orang Asli, Cina, India, Sikh dan Siam.
- Festival menggabungkan elemen seni budaya dengan sukan permotoran, memperkukuh tarikan pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026/2027.
- Turut hadir Timbalan Menteri, Pengerusi Tourism Malaysia dan Ketua Eksekutif Kumpulan IOI memberi sokongan rasmi.
- Festival bermula 23 September, di IOI City Mall, KLIA Terminal 1 dan Hotel Sama-Sama KLIA.
Acara disertai kira-kira 1,500 penari dan penghibur dari seluruh negara menampilkan muzik tradisional, tarian, busana serta persembahan kebudayaan masyarakat Orang Asli, Cina, India, Sikh dan Siam.
Beliau bersama-sama tetamu kenamaan meluangkan kira-kira dua jam menyaksikan perarakan yang berlangsung penuh warna-warni dan bertenaga.
Citrawarna Speed Festival 2026 yang berlangsung bermula 23 September hingga esok, menggabungkan elemen seni budaya dengan sukan permotoran, sekali gus memperkukuh tarikan pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026/2027.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man, Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Manoharan Periasamy serta Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulan IOI, Datuk Lee Yeow Chor.
Festival berlangsung di tiga lokasi utama iaitu IOI City Mall, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Hotel Sama-Sama KLIA.