
KUALA LUMPUR, 4 Oktober – Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 magnitud telah berlaku di Sumatera Utara pada pukul 7.37 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- METMalaysia memaklumkan gempa tersebut melalui kenyataan rasmi.
- Pusat gempa pada koordinat 4.6 darjah Utara dan 96.3 darjah Timur, kira-kira 59 km Timur Laut Meulaboh, Indonesia.
- Gempa berlaku pada kedalaman 30 km.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu, menurut METMalaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 4.6 darjah Utara dan 96.3 darjah Timur, kira-kira 59 kilometer (km) Timur Laut dari Meulaboh,Indonesia.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 30 km.
Menurut METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.