
KANGAR, 21 November – Seorang pengarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) direman empat hari bermula hari ini bertujuan membantu siasatan kes penyelewengan dana pertubuhan berjumlah RM85,468.
- Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Rashidah Azmi bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 409.
- Ketua Polis Perlis DCP Hamzah Hashim mengesahkan suspek ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2.
- Tangkapan hasil maklumat dan risikan susulan siasatan pecah amanah yang dijalankan sejak 13 November.
- Siasatan awal mendapati penyelewengan antara 2 Mac hingga 20 Julai melibatkan 32 transaksi pemindahan ke akaun peribadi suspek.
Perintah reman sehingga Selasa depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Rashidah Azmi bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Perlis, DCP Hamzah Hashim ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek telah ditahan semalam selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2).
“Tangkapan, hasil maklumat serta risikan susulan siasatan kes pecah amanah jenayah yang dijalankan sejak 13 November lepas.
“Siasatan awal mendapati penyelewengan wang milik pertubuhan yang beralamat di Jalan Behor, di sini berlaku antara 2 Mac hingga 20 Julai lepas melibatkan 32 transaksi pemindahan wang ke dalam akaun peribadi suspek,”katanya.