Penafian notis orang dikehendaki

Foto fail

ALOR GAJAH, 21 November- Notis memaparkan gambar dua lelaki sebagai orang dikehendaki polis, yang kemudiannya tular di media sosial tidak benar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menafikan kesahihan notis dan menolak dakwaan dalam dokumen berkenaan.
  • Penyebaran menggunakan logo rasmi PDRM dan nombor telefon balai polis tanpa kebenaran.
  • Notis mendakwa dua lelaki terlibat kecurian kereta dan penipuan pinjaman, mengarahkan orang ramai melapor ke IPD Alor Gajah atau Balai Polis Masjid Tanah.
  • Kesalahan penyalahgunaan logo dan maklumat boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak polis menafikan perkara tersebut.

Tegas Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Ahmad Abu Bakar penyebaran notis berkenaan turut menggunakan logo rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain memaparkan nombor telefon salah satu balai di daerah berkenaan.

“Menerusi notis yang tular itu, orang ramai diminta untuk melaporkan dua individu lelaki yang disyaki melarikan sebuah kereta di sekitar Padang Kemunting, Masjid Tanah,” katanya.

Notis tersebut turut memaklumkan mereka terlibat dalam jenayah penipuan pinjaman dan meminta orang ramai melaporkan ke IPD Alor Gajah atau Balai Polis Masjid Tanah.

Tegas beliau penyalahgunaan logo rasmi, nama jabatan serta nombor telefon balai polis bagi tujuan peribadi tidak seharusnya berlaku.

Kesalahan itu boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.