Gempa bumi kuat landa Peru Tengah

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 21 November – Gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud berlaku di Peru Tengah, Peru pada pukul 8.09 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia memaklumkan gempa berlaku pada koordinat 10.8 darjah selatan dan 75.9 darjah barat.
  • Kira-kira 161 kilometer barat laut dari Huancayo.
  • Gempa berlaku pada kedalaman 100 km.
  • METMalaysia menegaskan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 10.8 darjah selatan dan 75.9 darjah barat, kira-kira 161 kilometer (km) barat laut dari Huancayo, Peru.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 100 km.

METMalaysia memaklumkan, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.