
KUALA LUMPUR, 8 November – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberikan pengiktirafan atau sokongan rasmi kepada mana-mana pengendali perkhidmatan badal haji.
RINGKASAN BERITA AI
- Dakwaan di media sosial mengenai sokongan rasmi adalah tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.
- Orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan maklumat melalui saluran rasmi TH sebelum mendapatkan perkhidmatan.
- TH berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang menyalahgunakan nama dan logo institusi.
Sehubungan itu, sebarang dakwaan di media sosial yang menyatakan pengiktirafan atau sokongan tersebut adalah tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.
Menerusi kenyataan, TH turut menasihatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan maklumat menerusi saluran rasmi agensi itu sebelum mendapatkan perkhidmatan berkenaan.
TH menegaskan bahawa pihaknya berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan nama dan logo institusi berkenaan.