Enam cedera akibat Taufan Dolphin di Taiwan

Foto REUTERS

TAIPEI, 9 Ogos – Taufan Dolphin bergerak merentasi perairan di utara Taiwan pada Ahad, mencetuskan ratusan insiden berkaitan ribut dan mengakibatkan enam orang cedera, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • 632 insiden dilaporkan di seluruh Taiwan sehingga jam 2 petang Ahad.
  • Insiden termasuk pokok tumbang, kerosakan jalan raya dan terowong, kontena perkapalan runtuh dan runtuhan batu di lebuh raya.
  • Taufan membawa angin kencang dan hujan lebat ke beberapa kawasan utara Taiwan.
  • Agensi meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang awal Ahad.

Sehingga 2 petang Ahad, sebanyak 632 insiden dilaporkan di seluruh Taiwan, menurut pusat tindak balas bencana tempatan.

Insiden itu termasuk pokok tumbang, kerosakan jalan raya dan terowong selain kontena perkapalan runtuh serta kejadian runtuhan batu di lebuh raya.

Taufan itu membawa angin kencang dan hujan lebat ke beberapa kawasan di utara Taiwan. Agensi meteorologi tempatan mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang pada awal Ahad.- BERNAMA-XINHUA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.