YAOUNDE, 3 April- Cameroon telah melantik Marc Brys sebagai Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan menggantikan bekas jurulatih, Rigobert Song yang tidak diperbaharui kontraknya menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sukan negara berkenaan.
"Brys akan dibantu oleh Joachim Mununga and Giannis Xilouris", tambah kenyataan tersebut yang turut menamakan pegawai teknikal, perubatan dan pentadbiran baharu buat pasukan tersebut.
Sementara itu, kontrak pengendali terdahulu, Rigobert song yang dimeterai pada Mac 2022 telah tamat pada 29 Februari lalu.
Di bawah kendalian Song, Cameroon berjaya layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar menyaksikan mereka menewaskan juara dunia lima kali iaitu Brazil pada peringkat kumpulan sebelum disingkirkan.
Manakala pada kejohanan Negara-Negara Afrika di Ivory Coast, Cameroon hanya sekadar layak ke pusingan 16 terakhir sebelum ditunjukkan pintu keluar oleh Nigeria.
Song membuat 137 penampilan buat Cameroon sepanjang bergelar sebagai pemain.-REUTERS