Pembaikan rumah mangsa bencana meningkat kepada RM10,000

Angkatan Pertahanan Awam bakal memperoleh 17 unit bot amfibia

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Agensi Pengurusan Bencana Negara menerima peruntukan RM260 juta, tahun depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan pembaikan rumah mangsa bencana dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM5,000 sebelum ini.
  • Angkatan Pertahanan Awam akan memperoleh 17 unit bot amfibia untuk mempercepat operasi menyelamat.
  • GDRN melalui Yayasan GLIC dan GLC memberi geran padanan sebanyak RM20 juta membantu mangsa bencana.
  • Enam projek RTB siap bernilai RM336 juta; 82 RTB sedang dilaksana termasuk projek baharu di Kuching, Sungai Golok Fasa 2 dan Sungai Kemaman.

Ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kadar bantuan pembaikan rumah mangsa bencana ditingkatkan kepada RM10,000 daripada RM5,000 sebelum ini.

“Bagi mempercepat operasi menyelamat pula, Angkatan Pertahanan Awam bakal memperoleh 17 unit bot amfibia.

“Ikhtiar GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) oleh Yayasan GLIC dan GLC terus ke hadapan membantu mangsa bencana dengan geran padanan RM20 juta,”katanya.

Dalam pada itu, kerajaan telah menyiapkan enam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM336 juta.

“Sebanyak 82 RTB sedang dilaksana mengikut jadual bagi tahun 2027, projek baharu yang akan dilaksanakan termasuk RTB Bandaraya Kuching, PLSB Sungai Golok Fasa 2, Kelantan dan PLSB Sungai Kemaman, Terengganu.

“Selain itu, cerun, parit dan longkang di kawasan pihak berkuasa tempatan sedia dibaiki serta dinaik taraf di seluruh negara dengan peruntukan hampir RM320 juta,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.