
KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan kedua dari Perancis, Christo Popov, untuk mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2026 di Vantaa, Finland, hari ini.
- Menundukkan lawan 21-11, 21-16 dalam 38 minit pada suku akhir kejohanan Super 500.
- Berada di ranking ke-56 dunia.
- Mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga pertemuan antara kedua pemain sejak 2022.
- Akan bertemu pemenang antara Anders Antonsen atau Hu Zhe An pada separuh akhir untuk layak ke final.
Zii Jia, yang menghuni ranking ke-56 dunia, menundukkan Popov 21-11, 21-16 dalam tempoh 38 minit pada aksi suku akhir kejohanan berstatus Super 500 itu yang berlangsung di Energia Areena.
Kemenangan itu turut menyaksikan pemain negara berkenaan mengekalkan rekod tanpa kalah menentang Popov kepada tiga pertemuan sejak kali pertama mereka berentap pada Terbuka Jerman 2022.
Pada separuh akhir esok, Zii Jia akan bertemu pemenang antara Anders Antonsen dari Denmark atau wakil China, Hu Zhe An , bagi perebutan tiket final untuk tahun ini.
Kejohanan itu menawarkan jumlah hadiah wang tunai USD500,000 (RM2.04 juta). – BERNAMA