Terbuka China: Sivasangari mara ke final, berdepan Watanabe

S. Sivasangari / Foto PSA Squash Tour

KUALA LUMPUR, 22 November – Jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari berjaya mara ke final Terbuka China 2026 selepas mencatat kemenangan straight set pada aksi separuh akhir, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • S. Sivasangari menewaskan pemain Hong Kong S. Yuk Chan 11-3, 11-5, 11-8 pada aksi separuh akhir.
  • Sivasangari akan berdepan pilihan kedua Jepun, Satomi Watanabe, dalam perlawanan akhir esok.
  • <li.Satomi Watanabe menewaskan pilihan kelima Itali M. Stefanoni 11-8, 11-6, 11-8 untuk ke final.
  • Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada pukul 7 malam waktu tempatan.

Pemain ranking keempat dunia itu tidak berdepan masalah menewaskan pemain Hong Kong, S. Yuk Chan, 11-3, 11-5, 11-8 untuk mengesahkan tempat dalam perlawanan akhir.

Sivasangari yang juga pilihan utama kejohanan akan berdepan pilihan kedua dari Jepun, Satomi Watanabe dalam perebutan gelaran juara, esok.

Watanabe yang menghuni ranking ketujuh dunia berjaya mara selepas mengetepikan pilihan kelima dari Itali, M. Stefanoni, 11-8, 11-6, 11-8 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Pertemuan final antara Sivasangari dan Watanabe dijadual berlangsung pukul 7 malam ini, waktu tempatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.