Vellar Premier League perkasa bola sepak amatur

Foto RTM

PUTRAJAYA, 21 November –Penganjuran Vellar Premier League 2026/2027 diharap dapat mengembangkan arena bola sepak amatur di negara ini, sekali gus membuka peluang kepada pemain akademi untuk melangkah ke peringkat profesional.

RINGKASAN BERITA AI
  • Vellar tekankan kepentingan platform amatur untuk memberi ruang perkembangan kepada pemain akademi sebelum melangkah ke peringkat profesional.
  • Liga menghimpunkan lima juara liga komuniti dari Bangi, Semenyih dan Sepang untuk bersaing di peringkat amatur.
  • Pertandingan 10 minggu menggunakan format liga dua pusingan di Ha Megah Sports Arena, UNITEN, dengan hadiah wang tunai dan trofi dipertandingkan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Vellar, Jamallul Hakim Jamal Lulkhir berkata, platform pertandingan di peringkat amatur penting bagi memastikan pemain akademi mempunyai ruang untuk meneruskan perkembangan dalam sukan itu.

“Saya berharap supaya arena bola sepak amatur di negara kita semakin mendapat perhatian dan terus berkembang.

“Ini kerana melalui platform berkenaan, pemain-pemain akademi mempunyai peluang untuk meneruskan perkembangan di peringkat amatur sebelum melangkah ke peringkat profesional,” katanya ketika ditemui RTM pada Majlis Pelancaran Vellar Premier League 2026/2027, di sini hari ini.

Liga berkenaan menghimpunkan lima pasukan yang muncul juara dalam liga komuniti anjuran Vellar di Bangi, Semenyih dan Sepang.

Lima pasukan itu ialah Donz CC dan Boss SC dari Bangi, Gemilang FC dari Semenyih serta Makkah FC dan Z.5 FC dari Sepang.

Pertandingan selama 10 minggu itu menggunakan format liga dua pusingan (double round-robin) di Ha Megah Sports Arena, UNITEN, dengan gelaran juara, hadiah wang tunai dan trofi menjadi rebutan pasukan bertanding.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.