Insentif cukai, geran perkukuh ekosistem kewangan islam

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Kerajaan memperkenalkan beberapa insentif cukai dan geran bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Islam dunia, termasuk pengecualian cukai pendapatan 40 peratus kepada penyedia perkhidmatan pengurusan dana patuh syariah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Galakan pembiayaan syariah lestari dengan potongan cukai kos penerbitan Sukuk Prisma bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030.
  • Pengecualian cukai pendapatan untuk geran di bawah Skim Sukuk SRI dan Geran Bon bermula 1 Januari 2027.
  • Geran padanan sehingga RM5,000 untuk PMKS dapat sijil halal pertama; geran RM25,000 diprioritikan kosmetik dan farmaseutikal.

Jelasnya ,Insentif itu diberikan bagi tahun taksiran 2028 hingga 2030, selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat pengurusan dana Islam.

Malaysia juga terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara pasaran sukuk terbesar dunia menerusi galakan kepada pembiayaan syariah lestari.

Bagi tujuan itu, penerbit Sukuk Prisma layak mendapat potongan cukai atas kos penerbitan yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti bagi tahun taksiran 2027 hingga 2030.

Selain itu, geran yang diterima di bawah Skim Sukuk SRI dan Geran Bon akan diberikan pengecualian cukai pendapatan mulai 1 Januari 2027.

Dalam usaha memperluas pasaran produk halal, kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mendapatkan pensijilan halal buat kali pertama.

“Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat PMKS yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama,”katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Geran berjumlah RM25,000 turut disediakan bagi memperkasa PMKS halal dalam bidang seperti kosmetik dan farmaseutikal.

Inisiatif itu bertujuan membantu usahawan mendapatkan pensijilan halal serta memperluas peluang produk mereka menembusi pasaran lebih besar.

Dalam perkembangan lain, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memilih Simpanan Shariah kini turut boleh membayar zakat secara langsung daripada dividen, selaras dengan kemudahan yang disediakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.