
KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada pelaksanaan program berimpak tinggi, khususnya bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja, memperkasa masyarakat Orang Asli serta merancakkan pembangunan usahawan dan industri halal.
- Peruntukan untuk pelaksanaan program berimpak tinggi memastikan inisiatif sedia ada disampaikan berkesan kepada kumpulan sasar.
- Fokus meningkatkan eksport melalui pembangunan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana serta pemerkasaan usahawan.
- Komitmen tinggi kerajaan dalam menyantuni dan menangani permasalahan kumpulan M40.
- Peningkatan gaji graduan dan pekerja berkemahiran melalui gaji minima selaras keperluan pasaran pekerjaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu akan dimanfaatkan bagi memastikan program sedia ada dan inisiatif berimpak tinggi dapat dilaksanakan secara berkesan terutamanya kepada kumpulan sasar.
“Secara keseluruhan, belanjawan ini sangat berfokus kepada usaha meningkatkan eksport yang bergantung kepada pembangunan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) serta pemerkasaan para usahawan.
“Malah, ia turut memperlihatkan komitmen tinggi kerajaan dalam menyantuni permasalahan kumpulan M40,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyambut baik usaha meningkatkan gaji graduan dan pekerja berkemahiran menerusi pemberian gaji mimima selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembentangan belanjawan 2027 di Parlimen.