Krakow tingkat kawalan keselamatan susulan insiden tembakan rambang

Anggota polis Poland mengawal kawasan di hadapan sebuah bangunan kediaman yang pernah didiami suspek insiden tembakan di Krakow, di Ostrowiec Swietokrzyski/ AFP)

KRAKOW, 9 November – Pihak berkuasa di Krakow, Poland berikrar memulihkan keyakinan orang ramai terhadap tahap keselamatan, susulan insiden tembakan rambang pada Sabtu yang mengorbankan enam nyawa dan mencederakan 15 yang lain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian menggugat keyakinan penduduk terhadap keselamatan awam; ditafsir sebagai jenayah luar biasa yang tidak berlaku di Poland dalam 10 tahun.
  • Anggota polis akan ditempatkan lebih lama di Dataran Pasar Utama Krakow untuk menjamin keselamatan penduduk dan pelancong.
  • Ketua pentadbiran mengesahkan suspek berusia 24 tahun meninggal dunia di hospital dua hari selepas cedera dalam pergelutan dengan polis.

Ketua Pentadbiran Wilayah Lesser Poland, Krzysztof Kleczar berkata, kejadian itu menggugat keyakinan penduduk terhadap keselamatan awam dan disifatkan sebagai jenayah luar biasa yang belum pernah berlaku di Poland dalam tempoh 10 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Lesser Poland, Artur Bednarek pula berkata, anggota polis akan ditempatkan lebih lama di Dataran Pasar Utama Krakow, lokasi kejadian bagi menjamin keselamatan penduduk dan pelancong.

Dalam perkembangan sama, Kleczar mengesahkan suspek berusia 24 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Krakow pada 4.30 pagi Isnin, dua hari selepas cedera dalam pergelutan dengan polis.

Insiden tembakan rambang itu mengorbankan enam orang dan mencederakan 15 yang lain, selain mencetuskan operasi besar-besaran polis serta menyebabkan seorang anggota polis cedera parah.-VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.