
MOSCOW, 9 November – Kremlin menegaskan rundingan bagi menamatkan perang Ukraine yang dijadual berlangsung di Abu Dhabi akan tetap melibatkan tiga pihak iaitu Ukraine, Rusia dan Amerika Syarikat (AS), meskipun Perancis mengumumkan bahawa wakil Eropah turut akan menyertai rundingan itu.
RINGKASAN BERITA AI
- Peskov: rundingan akan berlangsung antara Rusia dan Ukraine dengan Amerika Syarikat bertindak sebagai orang tengah.
- Terdapat saluran komunikasi berasingan antara Ukraine dengan Eropah serta antara Amerika Syarikat dengan Eropah.
- Kenyataan dibuat susulan pengumuman Perancis bahawa Eropah akan menghantar wakil ke rundingan berkenaan.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, rundingan di Abu Dhabi akan berlangsung antara Rusia dan Ukraine dengan Amerika Syarikat bertindak sebagai orang tengah.
“Bagi pihak Eropah pula, terdapat saluran komunikasi berasingan antara pihak Ukraine dengan Eropah, serta antara pihak Amerika Syarikat dengan Eropah”, katanya.
Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman Perancis bahawa Eropah akan menghantar wakil ke rundingan berkenaan.-AFP