Gempa bumi 6.3 magnitud landa Kepulauan Solomon

Facebook: Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 9 November- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 melanda rantau Kepulauan Santa Cruz, berhampiran Kepulauan Solomon, pada 11.35 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Epicenter pada koordinat 10.8°S, 165.6°E, kira-kira 20 kilometer barat Lata, Kepulauan Solomon.
  • Gempa berlaku pada kedalaman 45 kilometer.
  • Penilaian awal METMalaysia menunjukkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 10.8 darjah selatan dan 165.6 darjah timur, kira-kira 20 kilometer ke barat Lata, Kepulauan Solomon.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 45 kilometer.

Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.