Lelaki Myanmar disyaki jatuh bot, hilang di Pulau Pangkor

Foto JBPM

PULAU PANGKOR, 9 November -Seorang lelaki warga Myanmar dilaporkan hilang selepas disyaki terjatuh ketika berada di atas sebuah bot di Jalan Sungai Pinang Besar, di sini, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Perak menerima maklumat kejadian pada 12.46 tengah hari.
  • Pasukan balai bomba setempat digerakkan ke lokasi bagi tindakan segera.
  • Pegawai mendapati seorang lelaki berusia 38 tahun mengalami sawan di atas bot yang diparkir di jeti.
  • Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam laut, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Maklumat mengenai kejadian diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pada 12.46 tengah hari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor kemudiannya digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi mendapati terdapat seorang lelaki warga Myanmar berusia 38 tahun mengalami sawan ketika berada di atas bot yang diparkir di jeti.

“Mangsa kemudian dipercayai telah terjatuh ke dalam laut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.