Gempa bumi 5.1 magnitud landa Seram, Indonesia

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 9 November– Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 melanda Seram, Indonesia pada pukul 5.48 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gempa tercatat pada koordinat 2.8 darjah Selatan, 130.7 darjah Timur.
  • Terletak kira-kira 215 kilometer selatan Sorong, Indonesia.
  • Berlakunya gempa pada kedalaman 10 kilometer.
  • Penilaian awal METMalaysia menyatakan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 2.8 darjah Selatan dan 130.7 darjah Timur, kira-kira 215 kilometer (km) Selatan dari Sorong, Indonesia.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, penilaian awal METMalaysia mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.