Tiga maut dipercayai disambar petir di Sepang

Foto hiasan

SEPANG, 9 November -Tiga lelaki maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman mengesahkan kejadian.
  • Beberapa video tular memaparkan tiga individu dipercayai lelaki terbaring selepas disambar petir.
  • Kejadian berlaku semasa hujan lebat, menurut rakaman tular.
  • Laporan berita disiarkan oleh BERNAMA.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman ketika dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan ketiga-tiga individu tersebut.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan tiga individu dipercayai kesemuanya lelaki terbaring dan telah meninggal dunia akibat disambar petir ketika kejadian hujan lebat hari ini. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.